Terma Tempahan

Dikemaskini: 23 February 2026|Polisi

TERMA TEMPAHAN (BOOKING TERMS)

Terma tempahan ini terpakai untuk semua tempahan yang dibuat dengan Redang Beach Resort Sdn Bhd dan Redang Aquatic Adventure Sdn Bhd, sama ada melalui laman web rasmi, emel, telefon, ejen sah atau saluran lain.
Sila baca bersama Terma & Syarat penuh yang dipaparkan di laman web rasmi resort.

1. Pengesahan Tempahan

  • Semua tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik.

  • Tempahan hanya dianggap disahkan selepas bayaran yang diperlukan (bayaran penuh atau deposit, bergantung kepada jenis tempahan) diterima, dan Booking Confirmation / Hotel Voucher rasmi dikeluarkan oleh Bahagian Jualan atau sistem.

2. Tempahan Dalam Talian (Laman Web Rasmi / Bayaran Online)

  • Untuk semua tempahan dalam talian melalui laman web rasmi dan payment gateway resort, bayaran penuh diperlukan semasa tempahan dibuat, melalui FPX / Kad Kredit / Kad Debit / e-Wallet yang disokong.

  • Tiada pilihan deposit atau bayaran separa untuk tempahan dalam talian.

  • Semua bayaran dalam talian adalah TIDAK BOLEH DIPULANGKAN dan TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK, termasuk jika berlaku pembatalan, No-show atau perubahan rancangan perjalanan.

3. Tempahan Secara Luar Talian (Emel / Telefon / Ejen Sah)

  • Untuk tempahan yang dibuatlebih daripada 3 minggu sebelum tarikh check-in:

    • Deposit RM100 seorang perlu dibayar sebelum tarikh akhir yang diberi untuk mengesahkan tempahan (hanya melalui pemindahan bank).

    • Baki bayaran perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh check-in.

  • Untuk tempahan yang dibuat dalam tempoh 3 minggu sebelum tarikh check-in:

    • Bayaran penuh diperlukan dalam masa 24 jam selepas pengesahan diberikan.

  • Jika deposit atau baki bayaran tidak diterima sebelum tarikh akhir, tempahan mungkin akan dibatalkan secara automatik, dan sebarang deposit atau bayaran yang telah dibuat boleh dianggap hangus.

  • Kaedah bayaran untuk tempahan jenis ini termasuk:

    • Pemindahan bank; atau

    • Bayaran penuh melalui FPX / QR payment yang tertera dalam invois / pengesahan, untuk menjelaskan keseluruhan amaun baki yang tertunggak.

4. Polisi Tidak Boleh Bayar Balik & Tidak Boleh Pindah Milik

  • Semua bayaran yang telah dibuat (sama ada sebahagian atau penuh) adalah TIDAK BOLEH DIPULANGKAN dan TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK dalam apa jua keadaan.

  • Polisi ini meliputi (tetapi tidak terhad kepada):

    • Pembatalan tempahan,

    • No-show (tetamu tidak hadir),

    • Pertukaran tarikh,

    • Pertukaran nama tetamu,

    • Daftar masuk lewat,

    • Check-out awal,

    • Serta mana-mana bahagian pakej yang tidak digunakan (contohnya hidangan, aktiviti, atau trip snorkel / selam skuba yang tidak diikuti).

  • Tetamu sangat digalakkan untuk membeli insurans perjalanan yang sesuai bagi melindungi sebarang kerugian akibat sakit, perubahan penerbangan atau keadaan kecemasan lain.

5. Perubahan, Penangguhan & No-show

  • Sebarang permohonan untuk perubahan atau penangguhan tarikh mestilah dibuat secara bertulis melalui emel kepada Pejabat Jualan Kuala Lumpur.

  • Permohonan yang dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh check-in boleh dipertimbangkan untuk satu (1) kali penangguhan ke tarikh lain dalam tahun operasi yang sama, tertakluk kepada:

    • ketersediaan bilik,

    • kelulusan pihak pengurusan,

    • caj penangguhan (jika ada), dan

    • sebarang perbezaan harga untuk tarikh baharu.

  • Permohonan yang diterima dalam tempoh kurang daripada 7 hari sebelum tarikh check-in boleh menyebabkan sebahagian atau keseluruhan bayaran hangus, bergantung kepada keadaan.

  • Jika tetamu tidak hadir pada tarikh check-in yang ditempah dan tidak memaklumkan secara bertulis lebih awal, tempahan akan dianggap sebagai No-show, dan semua bayaran yang telah dibuat akan hangus sepenuhnya.

6. Keadaan Luar Jangka, Pengangkutan & Cuaca

  • Jadual bot, feri dan pengangkutan lain mungkin terjejas oleh keadaan laut, cuaca, masalah teknikal atau arahan pihak berkuasa.

  • Pihak resort akan cuba membantu mengatur semula pengangkutan sedaya upaya, tetapi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penerbangan yang terlepas, penginapan tambahan, pengangkutan alternatif atau kos lain yang berkaitan.

  • Polisi tidak boleh bayar balik dan tidak boleh pindah milik tetap terpakai walaupun berlaku gangguan perjalanan disebabkan faktor cuaca atau pengangkutan yang berada di luar kawalan resort.

7. Penerimaan Terma

  • Dengan menghantar permohonan tempahan atau membuat sebarang bayaran untuk mengesahkan tempahan, tetamu dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma Tempahan ini serta Terma & Syarat penuh resort seperti yang diterbitkan di laman web rasmi.

Polisi